Foto Sumber: BBC NEWS
GLOBALSUKANKINI

Pemilik Leicester City berada di dalam helikopter yang terhempas – BBC

LEICESTER, England, 28 OKT: Pemilik kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha dilaporkan berada di dalam helikopter yang terhempas di luar Stadium King Power, awal pagi tadi.

Memetik laporan BBC, yang memetik sumber keluarga, Vichai dilaporkan menaiki helikopter tersebut selepas tamat perlawanan menentang West Ham.

Walau bagaimanapun, wakil kelab dan syarikat milik Vichai, King Power International masih belum mengesahkan perkara ini.

Menurut majalah Forbes, Vichai tersenarai sebagai individu ke-5 terkaya di Thailand dengan jumlah aset yang dijangkakan bernilai USD$4.9 bilion.

Vichai memulakan empayar perniagaan King Power pada tahun 1989 dan pada tahun 2006, perniagaan tersebut memonopoli perniagaan di lapangan terbang sewaktu era pemerintahan Thaksin Shinawatra.

Selain pasukan Leicester, empayar perniagaan ini turut memiliki sebuah lagi kelab bola sepak di Belgium, Oud-Heverlee Leuven.

SUMBER: REUTERS

FOTO SUMBER: BBC NEWS

 


Pengarang :