BERITA UTAMAEKONOMISELANGOR

MB: Pelaburan Selangor cecah RM8.25 bilion

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 3 JAN : Pelaburan Selangor terus mencatatkan kebanggaan apabila berjaya mencecah RM8.25 bilion, sehingga September ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jumlah itu sudah melepasi sasaran RM7 bilion, sekali gus jauh lebih tinggi daripada jumlah pelaburan pada tahun 2017 iaitu RM5.59 bilion.

“Selangor terus kekal cemerlang sebagai destinasi pelaburan paling popular di Malaysia dengan 143 projek sudah diluluskan.

“Kestabilan dan kewibawaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan pentadbiran yang bersih, berintegriti dan cekap menjadi pemangkin kepada pelaburan domestik serta antarabangsa,” tulisnya menerusi Twitter, semalam.


Pengarang :