EKONOMINASIONAL

Niaga hadapan emas dibuka tanpa dagangan

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan dalam sesi dagangan awal untuk hari ketiga berturut-turut hari ini berikutan kekurangan permintaan.

Pada 9.40 pagi, kontrak Februari 2019, Mac 2019, April 2019 dan Mei 2019 masing-masing berada pada RM174.75, RM174.75, RM174.80 dan RM174.90 segram.

Jumlah dagangan sifar manakala kepentingan terbuka berjumlah 23 kontrak.

Pada 9.30 pagi, harga emas fizikal turun RM1.08 kepada RM168.24 segram.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :