Selangorkini
ISLAMABAD, 21 Mac — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi rakan sejawatnya Imran Khan setibanya di Pangkalan Tentera Udara Pakistan Nur Khan, Rawalpindi sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke negara ini bermula Khamis. Antara acara kemuncak lawatan ialah Dr Mahathir akan dikurniakan anugerah “Nishan-e-Pakistan” atau Order of Pakistan, anugerah awam tertinggi negara itu yang akan disampaikan oleh Presiden Pakistan Dr Arif Alvi pada Jumaat.?–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA???ISLAMABAD, March 21 — Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad with his counterpart Imran Khan after arrives at Pakistan Air Force Nur Khan airbase in Rawalpindi during his official three-day visit to Pakistan beginning Thursday.?A highlight of the visit is Dr Mahathir being conferred the Nishan-e-Pakistan or Order of Pakistan, the country’s highest civilian award, by Pakistan President Dr Arif Alvi on Friday. –fotoBERNAMA (2019) COPYRIGHT RESERVED?
GLOBAL

PM: Malaysia-Pakistan kongsi maklumat perangi rasuah

ISLAMABAD, 22 MAC: Malaysia dan Pakistan boleh berkongsi maklumat dalam usaha untuk memerangi rasuah, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, segala bentuk rasuah perlu dihentikan memandangkan ia akan meningkatkan kos.

Dr Mahathir juga bersetuju dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan bahawa rasuah boleh menjadikan sesebuah negara jatuh miskin.

“Kami sangat bimbang tentang rasuah. Anda perlu membayar jumlah tertentu untuk memastikan kerja tertentu dilakukan. Kadang kalanya wang dicuri oleh pegawai dan ini perlu dihentikan,” katanya pada sidang akhbar bersama selepas mengadakan pertemuan.

Terdahulu, Dr Mahathir memulakan lawatan kerja tiga hari ke Pakistan bermula semalam.

Sementara itu, Imran Khan berkata Dr Mahathir membuat kemunculan semula yang hebat sebagai Perdana Menteri untuk memerangi rasuah.

“Kami melihat anda menentang rasuah. Parti saya (Pakistan Tehreek-e-Insaf) memulakan kempen 22 tahun yang lalu memerangi rasuah. Kami sebenarnya percaya negara bukan miskin, tetapi rasuah yang menjadikan rakyat miskin.

“ Rasuahlah yang menghancurkan institusi itu. Rasuah yang mengambil wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk manusia, wang haram di bawa ke luar negara. Mereka menjadikan (negara) miskin dan mengalihkan wang untuk pembangunan manusia,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :