NASIONAL

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR, 16 APR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah pada Selasa didorong oleh pasaran berhati-hati pada keseluruhannya, yang tidak selari dengan pasaran serantau.

Semasa ditutup, indeks susut 1.87 mata kepada 1,629.46 berbanding 1,631.33 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka 0.25 mata lebih tinggi pada 1,631.58 dan turun naik antara 1,626.99 dan 1,635.47 sepanjang dagangan hari ini.

Seorang peniaga berkata pasaran lemah disebabkan kurang pemangkin.

Sementara itu, Bursa Malaysia Bhd mengumumkan penyelesaian T+2 , iaitu sebahagian usaha berterusan Bursa Malaysia untuk meningkatkan kecekapan operasi serta mengurangkan kitaran risiko sistemik, akan dilancarkan pada 29 April, 2019.

Kitaran penyelesaian lebih singkat itu akan menyelaraskan proses pelepasan dan penyelesaian pasaran modal Malaysia dengan bursa utama global di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia-Pasifik sudah memulakan operasi kitaran penyelesaian T+2, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, kedudukan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 475 berbanding 355 manakala 388 kaunter tidak berubah, 670 tidak diniagakan dan 19 lagi digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.49 bilion unit bernilai RM1.79 bilion berbanding 3.13 bilion unit bernilai RM1.75 bilion semasa ditutup pada Isnin.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank menokok dua sen kepada RM22.60, Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM8.95, Axiata meningkat dua sen kepada RM4.18, Maxis tidak berubah pada RM5.56, Maybank turun empat sen kepada RM9.21 dan TNB susut dua sen kepada RM12.30.

Bagi saham cergas, Karex naik 6.5 sen kepada 58.5 sen, Vortex menokok satu sen kepada 19 sen, Price worth tidak berubah pada tujuh sen, Sapura Energy turun setengah sen kepada 33 sen, Prestariang susut lima sen kepada 48 sen dan Hibiscus Petroleum jatuh satu sen kepada RM1.13.

Indeks FBM Emas turun 17.274 mata kepada 11,544.47, FBMT 100 susut 18.20 mata kepada 11,373.41 dan FBM 70 merosot 43.75 mata kepada 14,431.85.

Indeks FBM Emas Shariah turun 17.74 mata kepada 11,750.86 dan Indeks FBM Ace naik 14.14 mata kepada 4,685.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 28.81 mata kepada 16,799.61, Indeks Perladangan susut 14.17 mata kepada 7,257.42, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.15 mata kepada 168.49.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 1.53 bilion saham bernilai RM1.62 bilion berbanding 1.79 bilion saham bernilai RM1.54 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran susut kepada 491.58 juta unit bernilai RM108.37 juta daripada 541.80 juta unit bernilai RM131.21 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 465.64 juta saham bernilai RM65.84 juta berbanding 800.32 juta saham bernilai RM80.60 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 278.39 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (233.57 juta), pembinaan (171.37 juta), teknologi (188.49 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (36.02 juta) 117.74 juta), perladangan (40.86 juta), REIT (7.95 juta), dana tertutup (21,000), tenaga (375.49 juta), penjagaan kesihatan (16.60 juta), telekomunikasi dan media (18.57 juta) , dan utiliti (27.70 juta).

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :