KUALA LUMPUR, 11 Mac — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan Utama sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Dataran Parlimen hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar. Turut kelihatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan). Ini adalah kali pertama baginda merasmikan istiadat pembukaan persidangan Dewan Rakyat selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah pada 15 Januari dan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 31 Januari lalu. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Menurut kenyataan Istana Negara yang dikeluarkan oleh Datuk Panglima Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka bertitah agar umat Islam mengambil peluang di bulan mulia ini untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan serta merapatkan hubungan sesama insan.

“Seri Paduka turut bertitah semoga tarbiah Ramadan pada tahun ini dapat mendidik insan supaya merasa dekat dengan Allah dan membina silaturahim sesama manusia sekali gus menyuburkan jiwa kehambaan terhadap Allah SWT,” kata Ahmad Fadil.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :