PBTSELANGOR

Atasi burung gagak, MPSJ anjur pertandingan

OLEH SHEEDA FATHIL

SUBANG JAYA, 29 JUN : Majlis Perbandaran Subang Jaya menganjurkan Pertandingan Inovasi Kawalan Kacau Ganggu Burung Gagak di Kawasan Pentadbirannya yang sudah bermula sejak 1 Jun sehingga 31 Julai ini.

MPSJ menerusi kenyataannya di Facebook memaklumkan, pertandingan itu dilaksana susulan aduan orang ramai berhubung gangguan burung gagak yang sering melanda kawasan berkenaan.

“MPSJ mempelawa semua penduduk dan Jawatankuasa Penduduk di kawasan pentadbiran MPSJ untuk menyertai pertandingan ini.

“Antara syarat dikenakan adalah inovasi yang dihasilkan haruslah dapat digunapakai secara meluas dengan kos yang berpatutan. Setiap penyertaan pula perlu disertakan ringkasan inovasi dan senarai ahli terlibat (jika berkumpulan),” kata kenyataan itu.

Sementara itu, katanya, saringan hasil inovasi akan diadili oleh pengadil yang bakal dilantik oleh pihak berkuasa tempatan terbabit.

Pemenang tempat pertama bakal menerima wang tunai RM1,000, tempat kedua membawa pulang RM700 dan tempat ketiga RM300.

Borang penyertaan boleh didapati di laman web www.mpsj.gov.my atau hubungi 0380237595.


Pengarang :