Selangorkini
NASIONAL

Inisiatif swasta bantu kurang kadar kemalangan jalan raya dialu-alukan

 

NILAI, 17 Jun : Kerajaan amat mengalu-alukan inisiatif pihak swasta dalam membantu usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata selain mementingkan soal keselamatan pekerja di tempat kerja, majikan swasta juga perlu memberi kesedaran tentang pentingnya aspek keselamatan di jalan raya bagi memastikan pekerja mereka selamat pergi dan balik bekerja.

“Tidak cukup kita hanya selamat di tempat kerja, dalam kilang tetapi apa yang penting kita kena selamat ketika datang bekerja dan selepas kita balik bekerja kerana selalunya kemalangan berlaku ketika mereka datang ke tempat kerja dan selepas balik bekerja,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis pelancaran program keselamatan jalan raya dan tempat kerja di SKF Bearing Industries (M) Sdn Bhd, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Peladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri J. Arul Kumar, Pengarah Urusan SKF Bearing Industries (M) Sdn Bhd Kee Kam Dick, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan Zaitun Iffah Hamid dan Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar.

Loke berkata kira-kira 6,000 hingga 7,000 orang meninggal dunia di atas jalan raya setiap tahun dan pada 2017, ia merekodkan hampir 7,000 orang maut dalam kemalangan jalan raya.

“Saya nak lihat kesedaran mengenai keselamatan jalan raya meningkat dan kemalangan ini boleh kita elakkan kalau kita lebih berhati-hati,” katanya.

Beliau dalam pada itu berharap lebih banyak pihak swasta yang lain mencontohi inisiatif yang dilaksanakan SKF dalam usaha meningkatkan kesedaran sekaligus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. -BERNAMA


Pengarang :

Related posts

Ada Kawasan di Selangor Pengundi Lebih Ramai Dari Penduduk – INFO 12

admin

Loke: Lawatan PM ke China tumpu tarik pelaburan tiga sektor

MoF tuntut pembayaran penuh pinjaman RM250 juta daripada NFCorp

Aishah Amin