SELANGOR

Pertandingan ‘beyblade’ di Jelajah Smart 360 Smart Selangor

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 27 JUN: Pertarungan hebat antara kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah dalam permainan gasing moden ‘Beyblade Burst Challenge’ boleh disaksikan beramai-ramai di Stadium Kajang, pada 29 dan 30 Jun ini.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dalam kenyataan memaklumkan, pertandingan itu diadakan bersempena Jelajah 360 Smart Selangor @ Smart Mobile Library (SML).

Katanya, pertandingan selama dua hari itu akan bermula dari 11 pagi hingga 3 petang dan diadakan secara kalah mati.

“Penyertaan terhad kepada 50 peserta sahaja dan masing-masing perlu membawa Beyblade sendiri. Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta pada pertandingan 28 Mei lalu.

“Peserta diingatkan untuk tidak menggunakan ‘launcher’ bertali dan tidak dibenarkan menukar Beyblade semasa pertandingan,” katanya.

Pemenang bakal diumumkan pada sebelah petang selepas tamat Sesi 1 pada hari pertama dan Sesi 2 pada hari kedua.


Pengarang :