Ilustrasi kebakaran. Foto ARKIB SELANGORKINI
GLOBAL

Tidak kurang 10 kedai di pasar minggu Chatuchak terbakar

BANGKOK, 2 Jun : Sekurang-kurangnya 10 buah kedai di Pasar Minggu Chatuchak yang terkenal di Bangkok terbakar malam ini tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangkok dalam satu kenyataan berkata kebakaran berlaku di salah sebuah kedai di Gate No.1 kira-kira jam 9.30 malam (waktu tempatan).

Kebakaran tersebut dapat dikawal pada jam 10.08 malam (waktu tempatan).

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran masih disiasat. ” kata kenyataan itu.

Pasar Minggu Chatuchak adalah pasar terbesar di Thailand dengan mempunhyai lebih 15,000 gerai.

Pasar minggu itu yang juga dikenali sebagai JJ Market merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Bangkok yang menjual pakaian, buku, aksesori rumah, makanan dan minuman, kosmetik, barang antik, dan tumbuh-tumbuhan. -BERNAMA


Pengarang :