SELANGOR

UMW Toyota Motors hargai sokongan rakyat Malaysia

OLEH AFIX REDZUAN

KLANG, 25 JUN: UMW Toyota Motors Sdn Bhd mahu mengekalkan reputasi selaku peneraju utama kenderaan buatan Jepun dalam pasaran tempatan menerusi teknologi pembuatan terkini sekali gus memenuhi keinginan pelanggan.

Pengerusi Kumpulan UMW, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, perkembangan sektor automotif menyaksikan ribuan peluang pekerjaan berjaya diwujudkan dan menjadi kuasa utama pembangunan ekonomi global kepada negara seperti Amerika Syarikat serta Jepun.

“Memahami kehendak kerajaan yang mahu pembangunan indusrti bernilai tinggi, Toyota juga membantu pembangunan vendor tempatan menerusi pembekalan alat ganti buatan tempatan kepada Assembly Services Sdn Bhd (ASSB).

“Dengan pengalaman yang dilakar, ia memberikan bimbingan dan sokongan teknikal kepada vendor tempatan untuk menjadikan mereka lebih berkeupayaan, produktif dan esfisyen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan Majlis Meraikan 50 Tahun Pengeluaran Kenderaan Toyota di Malaysia yang berlangsung di Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) Plant 2 Bukit Raja.

Katanya, sokongan kuat yang diberikan rakyat Malaysia membolehkan Toyota berkembang dengan mantap dan dalam masa sama pihaknya juga perlu melihat keperluan dimahukan pengguna.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif China dan Asia Tenggara Toyota Motor, Tatsuro Ueda berkata Kumpulan Toyota seperti Daihatsu, Denso dan Toyota Tsusho juga mahu menyumbang kepada Malaysia selaras dengan Dasar Automotif Nasional yang berhasrat mempromosikan inustri automotif.

“Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda mempunyai semangat yang kuat untuk Asia. Pengalamannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Asia Tenggara tidak ternilai.

“Toyoda sangat mengagumi infrastruktur dan keupayaan Malaysia malahan percaya masa depan ekonomi Malaysia dalam bidang permotoran,” katanya.


Pengarang :