SELANGOR

Empat cedera dihempap tangga dalam pembinaan

KUALA LUMPUR, 21 JUL : Empat termasuk seorang wanita mengandung cedera dihempap runtuhan tangga yang dalam pembinaan di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata mangsa juga dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu.

“Operasi menyelamat sedang dilakukan dan status mangsa belum diketahui,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh pergi ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.57 tengah hari. -BERNAMA


Pengarang :