PORT DICKSON, 20 Julai — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan sebahagian ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR sesi 2018/2021, di sebuah hotel malam tadi. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
BERITA UTAMA

KEADILAN terus beri sokongan padu kepada kepimpinan Tun M

PORT DICKSON, 20 JULAI: KEADILAN tetap memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak awal penubuhan Pakatan Harapan (PAKATAN) sehingga terbentuknya kerajaan hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara memerlukan parti komponen yang kuat dalam PAKATAN dan persefahaman dalam kalangan anggota parti adalah penting.

“Negara hari ini perlukan KEADILAN yang kuat, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang kuat, Amanah serta DAP.

“Dalam gabungan ini, bukan kerajaan KEADILAN tetapi PAKATAN, maknanya persefahaman antara kita sangat penting,” katanya dalam ucapan pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN sesi 2018/2021 di sini, malam tadi.

Turut hadir, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan pimpinan parti pusat dan negeri.

Anwar berkata, gabungan itu memerlukan kekuatan baharu, suntikan, peranan serta semangat Tun Mahathir untuk sama-sama berjuang.

-BERNAMA


Pengarang :