AGENDANASIONAL

IPU: Johan Setia tidak sihat, Miri berbahaya

SHAH ALAM, 10 OGOS: Kawasan Johan Setia, di sini terus mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) 115.

Ia dilihat berdasarkan peta taburan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 10 pagi.

Manakala empat lagi kawasan di negeri ini mencatat bacaan IPU sederhana iaitu Klang (86), Banting (83) dan Shah Alam serta Petaling Jaya (77).

Sementara itu, Stesen Pengawasan Udara Automatik di Institut Latihan Perindustrian Miri turut mencatat kualiti udara merbahaya.

IPU dicatatkan di stesen berkenaan adalah 390.

Satu lagi stesen berdekatan di Miri iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2 turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 130.

Selain itu, sebanyak 65 stesen di seluruh negara mencatatkan kualiti udara sederhana.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk mengetahui bacaan IPU, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my.

Bacaan IPU turut dipaparkan dalam tempoh setiap jam.

Media sebelum ini melaporkan negara dijangka dilanda jerebu bermula hari awal bulan lalu ekoran kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.


Pengarang :