Aksi pemain skuasy negara Aifa Azman (kiri) ketika menentang Ambre Allinckx (kanan) dari Switzerland dalam kategori wanita berkumpulan pada pusingan suku akhir Kejohanan WSF World Junior Squash 2019 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Malaysia mara ke separuh akhir skuasy remaja dunia

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Malaysia melangkah ke separuh akhir Kejohanan Berpasukan Skuasy Remaja Dunia WSF 2019 selepas membelasah Switzerland 3-0, pada aksi suku akhir yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil, di sini hari ini.

Malaysia selaku pilihan kedua akan berdepan pilihan ketiga, Hong Kong pada separuh akhir, esok.

Hong Kong mara ke separuh akhir selepas menang selesa 3-0 ke atas Amerika Syarikat dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Dalam aksi hari ini, juara tiga kali Terbuka Remaja Britain, Aifa Azman mengutip mata pertama bagi Malaysia selepas menang 11-4, 13-11 dan 11-4 win ke atas Ambre Allinckx sebelum Chan Yiwen memperoleh mata kedua dengan menewaskan Cassandra Fitze;11-3, 11-7 dan 11-4.

Ainaa Ampandi mengesahkan mengesahkan slog ke separuh akhir bagi skuad bimbingan jurulatih Andrew Cross dengan kemenangan 11-1 dan 11-5 ke atas Alina Poessl dalam perlawanan ketiga.

Untuk rekod, Malaysia muncul naib johan sebanyak dua kali pada 2001 dan 2007.

Keputusan peringkat suku akhir:

Malaysia mn Switzerland 3-0

England mn India 3-0

Sweden mn Singapura 3-0

Mesir mn Australia 3-0

Hong Kong mn USA 3-0

Jepun mn Taiwan 3-0

-BERNAMA


Pengarang :