ADNSELANGOR

PAKATAN capai banyak kejayaan tapi tak disedari rakyat

SHAH ALAM, 9 DIS: Banyak kejayaan telah dicapai kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) selepas lebih setahun menawan Putrajaya, namun tidak disedari rakyat.

Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, ia berikutan kelemahan sendiri selain kelemahan komunikasi dengan rakyat.

“Selepas hampir setahun tujuh bulan PAKATAN dipersada kepimpinan negara banyak perubahan dan kejayaan dikecapi tetapi malangnya tidak disedari rakyat kebanyakannya kerana kelemahan sendiri.

“Antara yang dilontarkan kelemahan komunikasi dan sudah pastinya kementerian komunikasi di persalahkan. Namun benarkah itu puncanya?

“Sebelum kita memerintah kita langsung tidak menguasai media ini. Tetapi Alhamdulillah kejayaan besar kita kecapi sehingga tumbang parti gergasi melayu terbesar di dunia menyembah bumi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, rakyat hanya tahu dan mahu perut mereka terisi dan kebajikan terbela serta permasalahan mereka diselesaikan.

Justeru, Mohd Fakhrulrazi berkata, harapan tinggi rakyat yang menggunung kepada PAKATAN perlu dipenuhi.


Pengarang :