SUKANKINI

AFL: Tidak wujud pasukan simpanan di Liga M3

SHAH ALAM, 29 JAN: Liga Bolasepak Amatur (AFL) menegaskan tidak wujud pasukan simpanan daripada pasukan Liga M3 mahupun pasukan Liga M4 kepada pasukan Liga Premier buat masa ini sebaliknya ia hanya melibatkan pasukan Liga Super dan Premier.

Pengerusinya, Datuk Wira Yusoff Mahadi mengingatkan peminat tidak keliru selepas kebanyakan pasukan Liga M3 menjenamakan semula pasukan memandangkan ada di antara mereka mendapat sokongan daripada persatuan sama.

“Diharap orang ramai tidak keliru dengan segelintir pasukan yang memiliki nama hampir sama dengan pasukan liga atasan seperti Melaka (Liga Super) dan Melaka United FC (Liga M3), Sarawak United (Liga Premier) dan Sarawak FA (Liga M3), Kuala Lumpur (Liga Premier) dan KL Rovers (Liga M3). Pasukan M3 ini bukan berstatus ‘reserve team’,” katanya dalam kenyataan.

Bagi musim ini hanya empat pasukan Liga Super yang mempunyai pasukan ‘reserve team’ yang beraksi dalam Liga Premier iaitu Johor Darul Ta’zim II, Selangor 2, Terengganu FC II dan Perak II.


Pengarang :