Hee Loy Sian berucap pada Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor di Tesco Extra, Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 20 Januari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

IEMS percepat tugas penguatkuasa KPDNHEP

PETALING JAYA, 20 JAN: Sistem Pengurusan Penguatkuasaan Bersepadu (IEMS) diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mempercepatkan tugas penguatkuasa membuat pemantauan harga barangan sempena Tahun Baharu Cina, kata EXCO hal ehwal pengguna.

Hee Loy Sian berkata Selangor antara negeri terawal akan menggunakan sistem ini dengan penguatkuasaan dilakukan secara tersusun serta mengurangkan kesilapan ketika mengisi data.

“IEMS memudahkan penguatkuasa melakukan pemeriksaan di premis perniagaan dengan memasukkan kad pengenalan pemilik (perniagaan).

“Melalui sistem mudah alih ini, notis pemeriksaan atau kompaun akan dicetak terus dan diserahkan kepada pemilik,” katanya pada sidang media di Tesco Mutiara Damansara di sini hari ini.

Hari ini, Menteri KPDNHEP Datuk Seri Saifuddin Nasution melancarkan IEMS ketika mengadakan pemeriksaan harga barangan di NSK Trade City, Kuala Lumpur.

Beliau berkata hampir 800,000 premis diperiksa penguatkuasa setiap tahun dengan kompaun antara RM3.5 hingga RM4 juta setahun.


Pengarang :