Seorang pegawai polis berjalan di depan pasar borong makanan Huanan, lokasi Covid-19 dikesan di Wuhan, China pada 24 Januari 2020. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMAGLOBAL

Koronavirus: Jumlah kematian di China meningkat kepada 213

BEIJING, 31 JAN: Jumlah kematian akibat wabak koronavirus 2019 di China meningkat kepada 213 dengan 9,692 kes dilaporkan di negara itu setakat semalam, menurut Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Hubei.

Hubei melaporkan 42 kematian terbaharu hari ini, menandakan jumlah kematian semakin meningkat setiap hari meskipun pelbagai langkah pencegahan dilaksanakan sejak seminggu lalu, lapor The Straits Times yang memetik Bloomberg dan Reuters.

Angka terbaharu itu disahkan beberapa jam selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan jangkitan terbabit sebagai kecemasan di peringkat global.

Semalam, pihak berkuasa kesihatan China melaporkan 38 kematian, termasuk satu di luar Hubei.

Hubei hari ini turut mengesahkan 1,220 kes terbaharu, meningkat berbanding hari sebelumnya.

Menurut data terbaru WHO, virus itu mula dikesan di sebuah pasar hidupan liar haram di bandar raya Wuhan, namun 100 kes yang muncul di negara lain menyebabkan sekatan perjalanan, penularan sentimen anti-China di beberapa tempat dan peningkatan permintaan terhadap topeng muka.


Pengarang :