DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (tiga, kanan) berkenan bersama Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim (dua, kanan) dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Khairuddin Othman (tiga, kiri) merasmikan Logo dan Slogan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-20 di Stadium Shah Alam pada 18 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Raja Muda Selangor rasmi slogan 20 tahun MBSA

SHAH ALAM, 19 JAN: `Dua Dekad Makmur dan Sejahtera Bersama’ menjadi slogan baharu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena sambutan  ulang tahun ke-20 penubuhannya malam tadi.

MBSA turut melancarkan logo 20 tahun agensi itu dengan memilih tiga warga iaitu merah jambu, biru dan biru firus.

Merah jambu melambangkan kepelbagaian pembangunan di bandar raya sejahtera manakala biru mencerminkan persekitaran bandar raya yang tenang dan damai.

Biru firus pula menonjolkan elemen baharu yang segar, cekap, efisien dan seimbang dalam sistem tadbir urus agensi itu.

MBSA akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra kepada warganya.

DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (tengah) berkenan menyaksikan bunga api sempena Majlis Pelancaran Logo dan Slogan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-20 di Stadium Shah Alam pada 18 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Slogan dan logo baharu dirasmikan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah dalam majlis gilang-gemilang di Stadium Shah Alam.

Keberangkatan baginda diiringi Datuk Bandar, Dato’ Haris Kasim.

Haris berkata, bandar raya itu akan terus melalui proses transformasi seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk menjadi negeri pintar.

“Malah, sejak 20 tahun lalu bandar raya ini melalui banyak perubahan. Namun perubahan ini tidak sesekali mengabaikan aspek kehidupan masyarakat.

“Ia terbukti apabila bandar raya ini antara tempat yang selamat untuk didiami serta mempunyai persekitaran yang damai buat penghuninya,” katanya.


Pengarang :