Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap ketika sidang media harian berkenaan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 26 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

3,000 pesara perubatan kuatkan barisan hadapan rawat pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 26 MAC: Khidmat 3,000 pesara pakar perubatan dan jururawat bakal menguatkan barisan hadapan merawat pesakit Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Selain mereka, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 3,500 jururawat dan pembantu perubatan yang sedang menjalani kursus lanjutan juga dipanggil atas tujuan sama, lapor Harian Metro.

“Seramai 2,400 jururawat terlatih sudah pun dikerahkan dan diagihkan ke hospital serta klinik memerlukan,” katanya dalam sidang media harian mengenai Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Isnin lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia memohon doktor dan jururawat yang bersara untuk berkhidmat bagi melawan wabak itu. Sejumlah kakitangan termasuk doktor pakar dan jururawat menyatakan kesanggupan berbuat demikian.


Pengarang :