Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia memeriksa suhu badan lapan jemaah tabligh dari Makassar dan Jakarta yang tiba di Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour pada 26 Mac 2020 sebagai langkah mencegah penularan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 14,111 jemaah tabligh sudah disaring

SHAH ALAM, 31 MAC: Seramai 14,111 dari kluster perhimpunan Masjid Seri Petaling telah disaring sehingga jam 12 tengah malam tadi, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Kenyataan menerusi Twitter KKM itu memaklumkan, daripada jumlah berkenaan, 1,290 peserta tabligh disahkan positif Covid-19, sementara 8,083 didapati negatif dan 4,738 masih menunggu keputusan.

Pada masa sama, KKM turut mensasarkan kumpulan tertentu yang mungkin berisiko tinggi untuk diambil sampel bagi tujuan saringan.

“Mereka antaranya jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling, pelajar madrasah atau tahfiz dan warga asing Rohingya kerana ada antaranya menghadiri perhimpunan di Seri Petaling,” katanya.


Pengarang :