EXCO Kerajaan Negeri, Mohd Khairuddin Othman. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Terus bersenam di rumah, kekal cergas sepanjang PKP

SHAH ALAM, 29 MAC: Rakyat di negeri ini digalak melakukan aktiviti senaman ringan secara rutin di rumah berpandukan video  Youtube bagi mengekalkan kesihatan, kata EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan alasan untuk tidak menjalankan aktiviti berkaitan bersesuaian dengan kediaman masing-masing.

“Mereka boleh lakukan senaman regangan badan sekurang-kurangnya tiga atau empat jam sekali dan lari setempat sambil mendengar muzik atau menonton televisyen bagi meningkatkan stamina serta otot.

“Selain itu boleh juga amalkan aerobik juga zumba bersama keluarga untuk keseronokan,” katanya ketika dihubungi.

Ahli Dewan Negeri Paya Jaras turut menasihati orang ramai supaya kekal berada di rumah bagi membendung penularan wabak Covid-19.


Pengarang :