Anggota penguat kuasa MBSA dan polis melakukan pemeriksaan menerusi Operasi Bersepadu Pematuhan PKP Fasa 2 di sekitar Sungai Buloh pada 12 April 2020. – Foto MBSA
PBTSELANGOR

Ingkar arahan PKP, 54 individu termasuk 14 wanita ditahan

SHAH ALAM, 12 APRIL: Seramai 54 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa lokasi sekitar Sungai Buloh lewat malam tadi.

Mereka yang terdiri daripada 40 lelaki serta 14 wanita diberkas sekitar kawasan Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah dan Kampung Paya Jaras dalam Operasi Bersepadu Pematuhan PKP fasa dua.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata semua individu tersebut dibawa ke balai polis Sungai Pelong dan ibu pejabat polis daerah Sungai Buloh.

“Kesemua mereka dikenakan kompaun mengikut Akta 171 Seksyen 109 kerana gagal mematuhi notis atau perintah.

“MBSA menasihatkan warga Shah Alam untuk kekal berada di rumah dan patuh kepada PKP,” kata MBSA dalam kenyataan di Facebook.


Pengarang :