BERITA UTAMA

Pelindung muka Star Medik untuk petugas hadapan

SHAH ALAM, 27 APRIL: Kerajaan Negeri akan mengagihkan pelindung muka sumbangan Star Medik Sdn Bhd kepada petugas barisan hadapan yang berusaha mengekang Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

“Menerima sumbangan pelindung muka dari Star Medik Sdn Bhd berjumlah RM50,000. Sumbangan ini akan diserahkan kepada petugas barisan hadapan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter hari ini.

Pada 1 April lalu, Selangor turut mengumumkan RM1.344 juta bantuan makanan percuma kepada petugas berkaitan serta RM1.5 juta diperuntukkan untuk penjagaan anak-anak mereka.

Pengumuman itu dibuat menerusi pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa kedua yang memperuntukkan RM272.5 juta bagi menangani impak Covid-19.


Pengarang :