Saringan Komuniti Covid-19 secara pandu lalu inisiatif Kerajaan Negeri di Seksyen 7, Shah Alam pada 18 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Saringan Covid-19 percuma di Gombak, Hulu Selangor mulai esok

SHAH ALAM, 21 APRIL: Bagi terus memerangi wabak Covid-19, Kerajaan Selangor meneruskan saringan Covid-19 pandu lalu secara percuma di Gombak dan Hulu Selangor selama dua hari mulai esok.

Di Gombak, penduduk dari Taman Desa Mas, Bandar Country Homes dan Taman Melawati boleh melakukan saringan di Pejabat Daerah Gombak.

Di Hulu Selangor, penduduk di Pangsapuri Kenanga, Pangsapuri Cempaka dan Pangsapuri Dahlia dialu-alukan ke Kelab Golf Bukit Beruntung untuk membuat pemeriksaan.

Petugas kesihatan akan memulakan saringan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 6 petang.

Golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak digalakkan melakukan saringan.

Sehingga kini, inisiatif tersebut telah berjaya melaksanakan saringan ke atas 3,011 individu di daerah Hulu Langat dan Petaling.

Warga Gombak dan Hulu Selangor diminta sama-sama memainkan peranan bagi memerangi Covid-19.

Bagi mendapat maklumat lanjut anda boleh hubungi 013-247 7426.


Pengarang :