AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 57 kes baharu, empat warga tempatan

SHAH ALAM, 31 MEI: Malaysia mencatatkan 57 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 7,819, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 57 kes itu, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 47 kes daripada penularan tempatan.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak adalah 1,351 kes. Daripada 47 kes penularan tempatan 43 adalah bukan warganegara dan hanya empat kes melibatkan warga tempatan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, kes baharu membabitkan warga asing yang dikesan ialah 24 kes di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Sepang, 15 kes dikesan di Pahang merangkumi satu kes dari kluster Kampung Sungai Lui, satu kes kluster Pudu, satu kes warga asing dalam proses pemindahan ke DTI dan satu kes pekerja di Klang.

Tambah beliau sebanyak 23 kes pulih dan dibenarkan keluarkan hospital dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 6,353.

“Tiada kes kematian berkaitan Covid-19 direkodkan di negara ini sembilan hari berturut-turut sejak 23 Mei lalu dengan angka korban kekal 115 orang,” katanya.


Pengarang :