Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bersama anggota Tentera Udara Diraja Malaysia membuat rondaan di sekitar perumahan di Kampung Padang Jawa Shah Alam pada 25 Mei 2020 bagi memastikan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dipatuhi. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Elak hilang kerja, menteri nasihat individu lolos segera balik

SHAH ALAM, 26 MEI: Individu yang lolos pulang ke kampung sebelum Aidilfitri dinasihat kembali ke rumah masing-masing bagi mengelak risiko hilang pekerjaan.

“Saya harap mereka (individu lolos) balik, paling teruk pun akan dikompaun kerana sekatan jalan raya masih dikuatkuasakan di setiap tol,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata pejawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja jika tidak kembali ke pejabat selepas Aidilfitri.

Beliau turut menegaskan alasan terperangkap di kampung kerana melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tidak boleh diterima.


Pengarang :