Seorang pengawal keselamatan bangunan mengimbas pekerja dan pelawat dengan menggunakan alat pengesan suhu dan cecair pembasmi kuman bagi mencegah Covid-19 di Jakarta pada 13 Mac 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Kes Covid-19 kini 23,165 di Indonesia, 1,418 mati

JAKARTA, 26 MEI: Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 23,000 kes, dengan jumlah keseluruhan kematian seramai 1,418 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 415 tambahan kes positif baharu dan terdapat 27 lagi kematian, akibat virus itu.

“Kes positif kini berjumlah 23,165 kes, ketika ini juga seramai 12,022 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Indonesia.

Tiada kes kematian dicatatkan berlaku di Jakarta sejak dua hari lepas, namun provinsi Jakarta masih mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini, iaitu berjumlah 501 kes, diikuti Jawa Timur (301 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

– BERNAMA


Pengarang :