Haniza (kanan) bersama Abd Hamid (tengah) mengadakan lawatan tapak ke Taman Ampang Saujana bagi menyelesaikan kejadian banjir lumpur, di situ. Foto FB Haniza Talha
EXCOSELANGOR

MPAJ, jabatan hutan bina laluan air atasi banjir lumpur

SHAH ALAM, 1 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Hutan Selangor akan membina laluan air di bukit berdekatan Taman Ampang Saujana bagi mengatasi masalah banjir lumpur di kawasan berkenaan, kata EXCO perumahan.

Haniza Talha berkata ia bertujuan untuk mengalirkan air hujan ke saluran parit monsun terdekat kerana antara sebab utama banjir adalah taburannya yang semakin banyak dan sistem perparitan yang tidak diselenggara.

“Saya mendapat aduan penduduk berkenaan banjir lumpur disebabkan hujan lebat sejak beberapa hari di kawasan perumahan ini yang terletak betul-betul bersebelahan dengan bukit,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Haniza bersama Yang Dipertua MPAJ, Dato’ Abdul Hamid Hussain membuat lawatan ke Taman Ampang Saujana bagi mencari penyelesaian.

Haniza berkata beliau juga meminta pihak berkenaan membersihkan longkang berdekatan untuk memudahkan aliran air ke parit.

“Untuk penyelesaian jangka panjang, MPAJ akan membuat kolam takungan di dalam kawasan bukit tersebut untuk menakung air hujan,” katanya.


Pengarang :