AGENSISELANGOR

Pasangan mahu kahwin di Selangor wajib saring HIV – Jais

SHAH ALAM, 14 MEI: Ujian saringan HIV diwajibkan bagi pasangan yang ingin mendapatkan kebenaran berkahwin di negeri ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata syarat itu adalah mengikut Tatacara Pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Selangor 2017.

“Keputusan ujian saringan adalah sah dalam tempoh enam bulan dari tarikh pemeriksaan dilakukan.

“Pemohon hendaklah menjalani semula pemeriksaan saringan sekiranya keputusan terdahulu melebihi tempoh enam bulan,” katanya menerusi Facebook semalam.

Sila layari laman rasmi Jais bagi mengenal pasti lokasi klinik kesihatan berhampiran yang menawarkan khidmat saringan HIV.


Pengarang :