Anggota polis memeriksa seorang pemandu dalam Op Alkohol di sekitar Petaling Jaya pada 27 Jun 2020. Foto ihsan IPD Petaling Jaya
AGENSISELANGOR

Empat pemandu mabuk ditahan di Petaling Jaya

SHAH ALAM, 28 JUN: Polis menahan empat lelaki berusia 36 hingga 48 tahun awal pagi tadi di sekitar Petaling Jaya kerana memandu bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kesemua ditahan dalam Op Alkohol mengikut Seksyen 45(A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bermula 11 malam hingga 3 pagi tadi.

“Dalam operasi itu, seramai 212 pengguna jalan raya dan 170 kenderaan diperiksa serta polis mengeluarkan 20 saman atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata pihaknya terus melancarkan operasi bagi membanteras pengguna jalan raya mabuk yang akan membahayakan keselamatan orang lain.


Pengarang :