Petugas kesihatan meletakkan sampel calitan di dalam tiub selepas membuat ujian saringan Covid-19 di Gombak pada 22 April 2020. Foto AFP
AGENDANASIONAL

KKM tidak buat ujian Covid-19 setiap rumah

SHAH ALAM, 15 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak melakukan ujian calitan Covid-19 di setiap rumah seperti dakwaan yang tular di media sosial.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai diminta berhati-hati sekiranya didatangi individu berpakaian seperti kakitangan kesihatan kerana disyaki menipu.

“Sebenarnya tidak ada, KKM tidak buat ujian calitan dari rumah ke rumah kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dipagar. Selain daripada itu tidak ada tindakan untuk ujian berkaitan,” kata menteri kanan (kluster keselamatan) ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati van tertera logo KKM menggunakan nombor pendaftaran palsu dan milik sebuah kereta.

Orang ramai diminta menghubungi polis jika berhadapan kes seperti ini untuk tindakan lanjut bagi mengelak menjadi mangsa jenayah.


Pengarang :