AGENSISELANGOR

Gombak, Petaling antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 27 APRIL: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling hingga 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman X memaklumkan cuaca sama turut melanda Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :