SHAH ALAM, 27 APRIL: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi esok.
Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Balairaya MPKK Kampung Batu 13 (Kajang) dan Dewan Palembang Kampung Rantau Panjang (Sementa).
Selain itu tapak bola keranjang Kampung Baru Kundang (Kuang) dan Kampung Batu Tiga Jalan Bangi (Kajang).
JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).
JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.
Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS