Jururawat memakai sut perlindungan diri memeriksa pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur pada 21 April 2020. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 95 peratus pesakit Covid-19 pulih

SHAH ALAM, 24 JUN: Seramai 8,231 pesakit Covid-19 berjaya sembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat ini, maklum ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata keseluruhannya sebanyak 8,596 kes dicatatkan dengan 244 daripadanya aktif dan sedang menerima rawatan.

“Sebanyak 45 pesakit lagi pulih dan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif ialah 95.8 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Beliau berkata sebanyak enam kes baharu dilaporkan hari ini dengan dua daripadanya kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan seorang warganegara dan bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

“Empat kes lagi penularan dalam negara iaitu tiga di Selangor meliputi saringan pusat tahfiz, kluster kondominium Hulu Langat dan kluster Bukit Bintang manakala satu daripada kluster tapak pembinaan Kuching,” katanya lagi.

Dr Noor Hisham berkata hanya dua kes dirawat di unit rawatan rapi dan tiada yang memerlukan bantuan pernafasan sementara jumlah kematian kekal 121 orang.


Pengarang :