EXCO sukan Khairuddin Othman menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembangunan Atlet Selangor antara Majlis Sukan Negeri Selangor dan UiTM di Dewan Serbaguna Office of International Affairs, Bangunan Inovasi UiTM Shah Alam pada 7 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Kerjasama Selangor – UiTM tingkat prestasi atlet, jurulatih

SHAH ALAM, 7 JULAI: Kerajaan Selangor memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menyokong usaha pembangunan dan penyelidikan sukan negeri membabitkan peruntukan RM100,000.

EXCO sukan berkata kerjasama julung kali melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dengan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FST) itu menjadi platform atlet, jurulatih dan pegawai membina prestasi tinggi dan menambah pengetahuan serta kemahiran.

“UiTM mempunyai kemampuan menyediakan kemudahan dan pengetahuan untuk dikongsi bersama MSNS. Keupayaan UiTM melahirkan atlet berkelas dunia sudah terbukti,” kata Mohd Khairuddin Othman selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU antara MSNS dengan UiTM hari ini.

Menurut Mohd Khairuddin enam bidang difokuskan dalam perjanjian lima tahun itu termasuk perkongsian kepakaran dan kemahiran jurulatih, atlet serta pegawai; membantu penyediaan atlet dan pegawai serta membangunkan penyelidikan memperkasa sains dan pengurusan sukan.

Katanya, kerjasama juga termasuk penyediaan tempat latihan praktikal staf dan jurulatih serta mengendalikan kursus atau seminar.

“MoU ini turut menyediakan trek khas atlet melanjutkan pelajaran di UiTM melalui Program Pendidikan dan Kerjaya Atlet Selangor bagi mereka yang memenuhi syarat,” katanya.


Pengarang :