Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO dan Setiausaha Kerajaan Negeri bercakap pada sidang media di Dewan Annexe, Shah Alam pada 13 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Laksana pakej pemulihan, kembali perkukuh ekonomi negeri – MB

SHAH ALAM, 13 JULAI: Kerajaan Negeri merangka pelan pemulihan bagi menghalang kejatuhan pasaran dan membangunkan semula ekonomi selepas terkesan akibat penularan Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia memfokuskan kepada tiga tonggak iaitu jaminan bekalan makanan, kemampanan ekonomi dan pembangunan keupayaan dengan jumlah keseluruhan RM55.85 bilion.

“Kerajaan Negeri merangka pelan pemulihan ini sebagai satu daya tahan ekonomi dalam pembangunan semula setelah mengalami kejutan mendadak.

“Saya yakin Selangor akan jadi magnet bagi pekerjaan baharu, meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengukuhkan ketahanan ekonomi supaya dapat menghadapi cabaran pada masa akan datang susulan pengumuman pelan pemulihan ekonomi ini,” katanya menerusi Facebook.

Pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, Amirudin membentang pelan pemulihan ekonomi iaitu kesinambungan dua fasa pakej Selangor Prihatin pada Mac lalu. Sehingga kini, sebanyak RM260,144,464.54 dibelanjakan untuk manfaat kepada 3.5 juta rakyat Selangor.


Pengarang :