Tinjauan di sekitar ibu kota pada 9 Jun 2020 menunjukkan orang ramai mengenakan pelitup muka ketika negara berada pada fasa pemulihan akibat penularan Covid-19. Foto BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

Satu kes baharu Covid-19 di Selangor, jangkitan luar negara

SHAH ALAM, 1 JULAI: Hanya satu kes baharu Covid-19 dicatatkan di Selangor hari ini membabitkan jangkitan dari luar negara, kata Dato’ Menteri Besar.

“Ia adalah dari kes import seorang pesakit yang dikesan mendapat jangkitan ketika saringan wajib ketika beliau pulang dari Turki,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Selain itu, beliau berkata Kuala Langat dan Kuala Selangor dikategorikan zon hijau selepas Hulu Langat susulan sifar kes aktif.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada sebarang kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam negara membabitkan penularan tempatan.

Katanya, hanya terdapat satu kes import iaitu antara angka harian terendah direkodkan buat pertama kali sepanjang tempoh gelombang kedua pandemik di Malaysia sejak 27 Februari lalu.


Pengarang :