Ng Sze Han meluangkan masa meninjau keadaan laluan pejalan kaki berbumbung baharu yang menghubungkan Pusat Kewangan dan Korporat Puchong (PFCC) ke LRT Taman Perindustrian Puchong di Bandar Puteri Puchong pada 11 Julai 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Selangor puas hati operasi niaga pasar pagi, malam

PUCHONG, 11 JULAI: Kerajaan Negeri berpuas hati dengan kerjasama penjaja serta pengunjung pasar pagi dan malam serta bazaria yang patuh tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata semua mampu menyesuaikan diri dengan keadaan norma baharu dalam usaha memutuskan rantaian pandemik itu.

“Amat berpuas hati. Ada peniaga datang jumpa lahirkan kegembiraan dapat keuntungan semula selepas tidak beroperasi lebih tiga bulan,” katanya ketika ditemui selepas melawat laluan berbumbung pejalan kaki berhampiran Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Puteri hari ini.

Jun lalu, sebanyak 417 pada pagi dan malam serta bazaria seluruh Selangor dibuka berperingkat di lokasi terpilih dengan kaedah penggiliran mengikut ketetapan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Peniaga dilarang menggunakan khidmat warga asing, jumlah peniaga termasuk pembantu terhad kepada tiga orang dan lauan keluar masuk akan disusun mengikut kedudukan tapak lokasi.

Pengunjung bawah 13 tahun tidak dibenarkan dan hanya dua individu dalam satu keluarga dibenarkan masuk selain digalakkan membeli dalam masa singkat.


Pengarang :