Rodziah Ismail berucap pada majlis perasmian Klinik Usahawan Selangor di PKNS Bizpoint, Seksyen 7 Shah Alam pada 23 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

74 peniaga sertai Klinik Usahawan Selangor, tujuh dikaunseling

SHAH ALAM, 5 OGOS: Seramai 74 peniaga bermasalah menghubungi Klinik Usahawan Selangor (KuSEL) sejak dilancarkan pada 23 Julai lalu, kata EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata jumlah dijangka meningkat dan KuSEL bersedia membantu peniaga berdepan masalah pengurusan kewangan itu.

“Semalam tujuh peniaga dipanggil ke klinik dan diberi kaunseling. Masalah mereka mungkin tidak dapat diselesaikan secara dalam talian dan perlu bersemuka.

“Masalah empat peniaga lain pula sudah diselesaikan tanpa memerlukan mereka hadir,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

KuSEL merupakan kerjasama Kerajaan Negeri dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta Syarikat Arabian Gateway Technology (AGT) bagi membantu usahawan bermasalah.

Melalui program secara maya itu golongan berkaitan akan diberi nasihat, kaunseling atau pandangan menyelesaikan masalah.


Pengarang :