Pengunjung menjamu selera di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Plaza Tol Awan Besar, Kuala Lumpur pada 10 Jun 2020 selepas gerai makanan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

86 individu ingkar PKPP ditahan – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 21 OGOS: Seramai 86 individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditahan semalam, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu 77 dikenakan kompaun manakala sembilan lagi direman.

“Sebanyak 2,484 Pasukan Petugas Operasi Pematuhan melibatkan 11,435 anggota membuat pemantauan di 3,809 pasar raya, 5,054 restoran serta 1,340 penjaja, 1,209 kilang, 3,742 bank dan 674 pejabat kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ismail Sabri sebanyak 56,760 pemeriksaan dilakukan pasukan sama bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) PKPP.

Selain itu, sebanyak 1,110 terminal pengangkutan darat, 203 terminal pengangkutan air serta 98 terminal pengangkutan udara turut dipantau di seluruh negara.


Pengarang :