Dato Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan watikah pelantikan kepada Norita Mohd Sidek sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) di Pejabat Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 5 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Norita teraju MBI, bukti keterbukaan Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 5 OGOS: Pemilihan Norita Mohd Sidek sebagai peneraju baharu Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) membuktikan keterbukaan Kerajaan Negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata pengalaman luas bekas ketua pegawai operasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dapat memperkukuhkan fungsi konsortium anak syarikat Kerajaan Negeri itu terutama selepas berdepan Covid-19.

“Ini adalah bukti keterbukaan Kerajaan Negeri dan saya berharap ketua pegawai eksekutif (CEO) dapat terus memajukan MBI dan melengkapkan misi Selangor bergelar negeri pintar menjelang 2025,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari kepada SelangorKini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) Norita Mohd Sidek menandatangani watikah pelantikan sambil disaksikan Dato Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari di Pejabat Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 5 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Terdahulu, Norita bertemu Amirudin di pejabat Dato’ Menteri Besar serta menerima watikah pelantikannya.

Pada 3 Ogos lalu, Norita dilantik sebagai CEO MBI yang baharu bagi menggantikan Raja Shahreen Raja Othman yang tamat kontrak pada 30 November tahun lalu.


Pengarang :