Foto: Facebook Selangor Task Force Covid 19
AGENSISELANGOR

Selangor rekod 15 kali tiada kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 19 OGOS: Selangor berjaya mencatat 15 kali tiada kes baharu Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Pada masa sama, ini adalah kali ke-46 tiada kes penularan tempatan direkodkan sejak 18 Mac lalu, serta tiada kes kematian dan kes discaj dilaporkan hari ini,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan tiada kes baharu di negeri ini sehingga jam 12 tengah hari menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,150.

“Kita masih belum menang, norma baru tetap perlu diamalkan dan gunakan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) di premis untuk merekod pengunjung. Jangan cuai dan leka,” tulis agensi itu di Twitter.

Hari ini, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 16 kes baharu Covid-19 dikesan sementara 23 kes sembuh dicatatkan.


Pengarang :