Ng Suee Lim menyerahkan plakad kepada sekretariat program Lee Xiang Sheng sebagai simbolik pelancaran Program ADN Muda Selangor Virtual 2020 di SUK Selangor, Shah Alam pada 24 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DNS maya: Umur 18 hingga 23 tahun paling ramai mohon

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kelompok umur 18 hingga 23 tahun paling ramai memohon untuk menyertai program Ahli Dewan Negeri Muda Selangor Virtual yang berlangsung pada 3 Oktober ini.

Pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan Undi 18 Tharma Pillai berkata program yang bakal disertai 56 peserta mewakili setiap kawasan pilihan raya menerima 900 permohonan setakat ini.

“Hari ini merupakan tarikh akhir menghantar permohonan tetapi masih dibuka sehingga jam 5 petang dan kita jangka bilangan tersebut akan meningkat lagi,” katanya kepada SelangorKini.

Selangor menjadi negeri pertama menganjur sidang DNS secara maya khusus untuk golongan muda seawal umur 15 hingga 35 tahun.

Permohonan boleh dibuat menerusi http://bit.ly/ADNMudaSelangorVirtual‬, portal dewan.selangor.gov.my
atau di Facebook, Instagram dan Twitter: @PAMSVirtual.

Pada 26 Ogos lalu, Speaker Dewan Negeri Selangor Ng Suee Lim berkata pihaknya mempertimbang untuk menganjur pusingan kedua sidang tersebut memandangkan ramai pemohon.


Pengarang :