AGENDANASIONAL

KKM seru penduduk Aman Jaya, Kedah buat saringan Covid-19

SHAH ALAM, 2 SEPT: Kira-kira 9,490 penduduk sekitar Aman Jaya, Kedah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran masih belum membuat saringan Covid-19.

Ketua pengarah kesihatan berkata susulan itu pihaknya menyeru dan merayu supaya individu berkenaan menjalani saringan di pusat disediakan.

“Setakat hari ini 12,870 dari Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur telah disaring. Satu positif, 12,687 negatif manakala 182 masih menunggu keputusan,” kata Tan Sri  Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Bermula 28 Ogos lalu kerajaan melaksanakan PKPD secara pentadbiran di kawasan terbabit sehingga 10 September ekoran penularan kluster Tawar.

Penduduk tiga zon itu tidak dibenarkan keluar manakala orang luar juga tidak dibenarkan masuk selain polis dan tentera akan melakukan sekatan jalan raya bagi mengawal jalan keluar masuk kawasan itu.


Pengarang :