(Gambar hiasan) Penumpang Bas Smart Selangor berbaris dan mengenakan pelitup muka sebelum menaiki kenderaan itu di Seksyen 13, Shah Alam pada 2 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Selangor catat sifar kes Covid-19, terus patuhi SOP

SHAH ALAM, 6 SEPT: Situasi Covid-19 di Selangor terus menunjukkan perkembangan positif apabila tiada kes baharu dilaporkan hari ini, menurut Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Agensi itu memaklumkan kes terkumpul di negeri ini setakat 12 tengah hari tadi kekal sebanyak 2,177.

“Bermulanya hari bekerja esok, jangan lupa mengamalkan norma baru setiap masa walaupun ketika berada dalam pejabat. Patuhi SOP (tatacara operasi piawai) untuk melindungi masyarakat,” kata STFC menerusi hantaran di Facebook

Kementerian Kesihatan (KKM) pula melaporkan terdapat enam kes baharu membabitkan tiga kes penularan tempatan dan tiga kes import, sekali gus menjadikan jumlah terkumpul 9,397.

Pesakit pulih dalam negara pula seramai dua orang manakala angka kematian ekoran wabak itu kekal 128.

 


Pengarang :