EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Hee Loy Sian melawat gerai pameran selepas Perasmian Program Kesedaran Selamatkan Lapisan Ozon, Hari Ozon Sedunia 2020 peringkat Negeri anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor di Kolej Profesional Mara, Beranang pada 22 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Wujud pusat kitar semula di kampung, pangsapuri fokus Belanjawan 2021

KAJANG, 22 SEPT: Mewujudkan pusat kitar semula di semua kampung tradisi dan pangsapuri menjadi salah satu fokus di bawah portfolio alam sekitar menerusi Belanjawan Selangor 2021.

EXCOnya Hee Loy Sian berkata beliau mengharapkan peruntukan tambahan bagi menjayakan projek berkenaan dalam belanjawan yang akan dibentang pada 30 Oktober ini.

“Kalau boleh kita mahu adakan pusat kitar semula untuk setiap tempat terutama di kampung-kampung tradisi termasuk perumahan jenis flat supaya mereka boleh membuat pengasingan sampah.

“Jadi, itu usaha kita dan harap supaya dapat lebih bajet bagi melaksanakan semua (inisiatif) ini kerana kita memerlukan tong kitar semula yang berbeza untuk menjayakannya,” katanya pada program Kesedaran Selamatkan Ozon sempena Hari Ozon Sedunia 2020 peringkat negeri hari ini.

Selangor memiliki 371 kampung tradisi di bawah pentadbiran 12 pihak berkuasa tempatan (PBT).


Pengarang :