Pemilik dan pengusaha fasiliti sukan komersial dalam kawasan PKPB iaitu padang bola sepak komersial, gimnasium dan gelanggang futsal, termasuk dewan badminton komersial, dibenar beroperasi semula mulai 19 Oktober. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Gimnasium, padang bola sepak dan pusat futsal diizin mulai Isnin ini

SHAH ALAM: Aktiviti gimnasium di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan bermula Isnin ini, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran turut diberikan kepada padang bola sepak komersial dan pusat futsal.

“Bagaimanapun ia hanya untuk latihan pertandingan atau perlawanan dan terhad kepada 10 peserta pada satu-satu masa.

“SOP (tatacara operasi piawai) lanjut akan diumumkan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media secara langsung menerusi Facebook hari ini.


Pengarang :