Papan tanda peringatan untuk mengekang penularan Covid-19 diletakkan di sebuah pusat membeli-belah sebagai langkah pencegahan ketika tinjauan pada 29 September 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Jalin kerjasama pelbagai agensi, kawal penularan Covid-19 di Petaling

SHAH ALAM, 6 OKT: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Petaling bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mengawal penularan Covid-19 di daerah itu.

Pegawai Daerah Petaling Johary Anuar berkata agensi terlibat ialah pejabat kesihatan daerah, pihak berkuasa tempatan dan polis.

“Kami sedia maklum situasi terkini Covid-19 di daerah Petaling dengan 48 kes direkodkan setakat semalam dan sebahagian besarnya pulang dari Sabah.

“Justeru, kerjasama semua agensi dilakukan untuk mengelakkan wabak ini dari terus menular dan merebak dengan lebih besar,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Petaling merekodkan kes kedua tertinggi selepas Klang. Kes tertinggi dicatat di Sungai Buloh iaitu 25 kes, Damansara (18), Petaling (tiga) dan Bukit Raja (dua).


Pengarang :